Bukit Batu Puteh, Gopeng - Tak Pernah Mengecewakan

"Wahhh...kat mana ni??" "Track susah tak??" "Berapa ketinggian???" Bagi pengunjung outdoorian yang datang ke Gopeng, Perak pasti takkan melepaskan peluang untuk mendaki Bukit Batu Puteh yang terletak di Kampung Pintu Padang. Dengan ketinggian hanya 310m dari aras laut, track yang santai-santai sahaja, namun pemandangan apabila sampai di puncak tidak pernah mengecewakan. Walau sudah berkali-kali Cikju daki bukit ini (sebab tak mampu lagi nak menawan gunung ๐), setiap kali itu juga Cikju akan teruja dengan pemandangan dari peak & pemandangan di Zone 5 Bukit Batu Putih ini. Bagi sesiapa yang nak beriadah hiking secara santai-santai, relax-relax, bolehlah ke Bukit Batu Putih ini. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia hiking, haaa...Cikju rekomen sangat-sangat tempat ni untuk practise mendaki. Walaupun tak hardcore, tapi cukup laa untuk buat lemak-lemak serta kalori-kalori dalam badan tu terbakar ๐จพ Cikju sendiri pun kalau boleh nak naik Bukit Ba...