Bukit Batu Puteh, Gopeng - Tak Pernah Mengecewakan
"Track susah tak??"
"Berapa ketinggian???"
Bagi pengunjung outdoorian yang datang ke Gopeng, Perak pasti takkan melepaskan peluang untuk mendaki Bukit Batu Puteh yang terletak di Kampung Pintu Padang.
Dengan ketinggian hanya 310m dari aras laut, track yang santai-santai sahaja, namun pemandangan apabila sampai di puncak tidak pernah mengecewakan.
Walau sudah berkali-kali Cikju daki bukit ini (sebab tak mampu lagi nak menawan gunung ๐), setiap kali itu juga Cikju akan teruja dengan pemandangan dari peak & pemandangan di Zone 5 Bukit Batu Putih ini.
Bagi sesiapa yang nak beriadah hiking secara santai-santai, relax-relax, bolehlah ke Bukit Batu Putih ini. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia hiking, haaa...Cikju rekomen sangat-sangat tempat ni untuk practise mendaki.
Walaupun tak hardcore, tapi cukup laa untuk buat lemak-lemak serta kalori-kalori dalam badan tu terbakar ๐จพ Cikju sendiri pun kalau boleh nak naik Bukit Batu Putih ni setiap minggu untuk kesihatan, kecerdasan badan & mental.
Yang belum pernah datang tu, marilah berkunjung ke sini. Pasti takkan kecewa dengan viewnya terutama semasa "sunset". Yang lebih pasti, korang takkan pewai punyalah.
Sunset di peak Bukit Batu Putih |
Muka ceria je semua kan kan kan ๐ |
Kan dah kata...takkan pewai punya ๐จพ |
Oh ya...untuk mendaki Bukit Batu Putih ni, kena bayar RM3 seorang dekat khemah di kaki bukit ni. Ni adalah kerana Bukit Batu Putih ni dijaga oleh persatuan belia kampung di situ.
Paling penting, dah mendaki tu jagalah kebersihan kawasan tersebut, jangan gatal tangan nak petik-petik, runas-runas flora kat situ & sila bawa balik sampah ye ๐
Siapa laa yang gatal tangan cabut signboard ni...haishhh |
Aku pasti akan kembali lagi & lagi & lagi... |
Comments
Post a Comment